Friday, July 31, 2009

membisu


Bila membisu
suara tidak kedengaran
lidah ini perlu diajar
ligat ia menari
mengikut alunan nafsu
entahkan nista entahkan fitnah
Suara-suara yang dilontarkan
bagaikan bangkai
busuknya kata-kata kita
kini membisu
untuk beberapa detik

untuk mengheningkan keriuhan
untuk memilih kata

agar ia tidak menjerat
seperti politikus
seperti elitis
membisu seketika cuma

Tuesday, July 28, 2009

alpa

musuh yang membuat aku berwaspada

adalah kawan

kawan yang membuat aku alpa

adalah musuh

Monday, July 27, 2009

monolog dengan orang-orang

Acap-acap aku dengar

Suara yang mengacarai cakapnya

Tidak acuh dengan nasibnya

Dirinya bukan dirinya katanya

Mengelayau pandang

Apakah yang diliputi dan yang terakalkan

Kelebaklah lembaran-lembaran dulu

menikusnya akademikus

Orang atau orang-orang


Sunday, July 26, 2009

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU : DR RIDHUAN TEE MENULIS !

Utusan Malaysia
26 jul 2009


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

suaratanjung: Siapa yang rasis sebenarnya? Dimana pertimbangan waras. Buktikan keadilan itu adalah keadilan untuk semua . Jangan keadilan yang mencerminkan ketidakadilan. Kita tiada masalah untuk menukar pemerintahan tetapi bila yang dituntut itu akan lebih memudaratkan, apalah gunanya. Bumi Malaysia memerlukan pemikir -pemikir neutral seperti mufti perak, bekas mufti perlis dan Dr. Mohd Ridhuan Tee.

Saturday, July 25, 2009

Contrastive Analysis


Semester baharu bermula lagi. Kampus uiam yang dulu lengang semasa cuti semester kini riuh-rendah dengan suara pelajar-pelajar baharu dan lama. Program-program sudah banyak dilihat, meriah sungguh suasana. Siapalah universiti tanpa pelajar.

Semester ini, saya mengambil 2 subjek yang berbaki ; Contrastive & Error Analysis (ARAB 6346) untuk Core Course dan Educational Technology for Teaching Arabic (ARAB 6350) untuk Optional Course. Untuk program MASTER OF HUMAN SCIENCE IN ARABIC AS A SECOND LANGUAGE pelajar dikehendaki mengambil 10 matapelajaran iaitu 30 credit hours.

Otak makin berserabut terutama ketika mahu mencari tajuk thesis. Dapat tajuk , siapkan proposal dah terus boleh tulis. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan.

Di sini ingin saya menyentuh sedikit tentang subjek Contrastive & Error Analysis. Sebab ia ada kaitan dengan konflik yang berlaku antara saya dengan seorang kawan mengenai penulisan bahasa arab.

Bila kita mempelajari bahasa asing atau bahasa kedua, kita akan mendapati sistem bahasa itu berbeza daripada bahasa kita meliputi perkara seperti suara, tatabahasa (syntax), perubahan perkataan (Morphology) dan lain-lain. Jadi, subjek ini memberikan satu gambaran jelas tentang sistem analisis bahasa yang memperjelaskan aspek-aspek perbezaan dan persamaan di antara bahasa-bahasa ataupun dialek-dialek. Ia bertujuan bagi mencari asas-asas yang memungkinkan pengaplikasiannya dalam meyelesaikan masalah-masalah pembelajaran bahasa asing atau dalam penterjemahan.

Ia turut memberi penekanan terhadap aspek pemindahan positif (Transfer), pencampuran atau pemindahan negatif (interference) dan persamaan (equivalence) di antara dua bahasa. Di samping itu, ia mengkaji permasalahan yang dihadapi guru semasa pengajaran bahasa asing.Ia adalah teori asas yang terhasil atas kesukaran yang berlaku dalam proses pengajaran bahasa baharu yang disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda.

Bila dibandingkan satu bahasa dengan bahasa yang lain ia bukan bermaksud kedua-kedua bahasa tersebut berbeza seratus peratus, itulah yang dinamakan persamaan. Bahkan kadang-kadang titik persamaan itu boleh digunakan bagi memudahkan proses pengajaran, ia dinamakan pemindahan positif.

Pemindahan negatif berlaku bila konsep atau struktur bahasa kedua itu diterjemahkan mengikut acuan bahasa pertama. Di sinilah masalah yang sering berlaku apabila mempelajari bahasa kedua. Jadi, struktur ayat yang dibina akan menjadi seperti ayat bahasa pertama.

Dengan memahami perkara di atas, boleh disimpulkan bahawa pembelajaran bahasa kedua memang tidak sunyi dari masalah. Teori-teori mencadangkan bahawa pelajar secara tidak sedar menggunakan kebiasaan penggunaan bahasa asalnya ke dalam bahasa yang dipelajari.

Jika kita mahu mempelajari sesuatu bahasa maka kita perlu memahami persamaan dan perbezaan antara bahasa itu dan bahasa kita. Seperti yang dikatakan oleh Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bahawa penguasaan tatabahasa yang baik adalah kunci kepada pemerolehan bahasa yang murni.

Friday, July 24, 2009

الحياة ومعناها

إن مهمتي الرئيسية اليوم هي أن أتعلم بالجد والاجتهاد وأن أكرس جميع جهودي بصرف النظر عما ألاقيه من المشقات والصعوبات.


وأحياناً لقد تذكرت بما حدث لي في الماضي حول المشقات والصعوبات التي منيت بها قبل أن وصلت إلى هذا الموقع.


قد ارتكبت خطأً فظيعاً ، وطول حياتي هذه لا أستطيع أن أتغاضى عنه وأنني أرى غضاضةً في نفسي. لا أبالغ إذا قلت أنني أعيش في الندم مليئاً بالحزن الشديد ولا أنظر الحياة إلا بنظرة سيئة (التشاؤم). وهذا الضعف المخزي ما هو إلا نتيجةً لعدم مبالتي للدراسة حينما كنت طالبا في مرحلة البكالوريوس ولكن من المستحيل علي أن ألوم أحداً إلا نفسي على هذا الفشل المخزي.


وبالطبع أنني أناضل وأكافح للحصول على النجاح مع أن هذا ليس بأمر سهل وهين والواقع أنني لستُ عبقرياً كما صوره الآخرون.


آمل أنني سأستطيع أن أواصل الدراسة بدون المشكلة والصعوبة وإن تكون فما هي إلا مجالاً لتحسن نفسي ليكون إنساناً قوياً وجدانياً.


والمأمول في النهاية أن كل المشكلات والصعوبات المتحدية لا يمكن التخلص منها إلا بالعمل الدائب والصبر والمثابرة والذكاء واليقظة. وهذا ليس قاصراً علي فقط بل يشمل على الآخرين أيضا.


والآن أتفهم الحياة ومعناها المخفية.

mataku melihat


Apa yang telah mataku lihat

Aku lihat ketaksuban mendinding ilmu
Benar dikata salah Salah dikata benar
walhal ilmu menggunung tinggi

Apa yang telah mataku lihat

Aku lihat mereka yang bercetera dengan agama
Berjerebu mata hati dengan asap amarah
Mungkin saja membutakannya

Apa yang telah mataku lihat


Aku lihat pelita hati semakin malap
Sang alim menikus diam
Yang lain jangan bicara
Yang lain diam saja

Apa yang telah mataku lihat


Aku lihat tiket-tiket ke syurga sekarang
Aku juga lihat penghuni-penghuni neraka
Mungkin wahyu bocor dimana-mana

Apa yang telah mataku lihat


Aku lihat adat merantai wahyu
Warisan menimbus sunnah
Menjadi penyemu sudahnya

Apa yang telah mataku lihat

Aku lihat...
Api syirik membakar hangus
Akar khurafat menjalar hebat
Benih bida’ah subur dahsyat
Gugur wahyu rabbani
Dari dada pendeta
Dalil culasnya anak adam
Untuk menelaah wahyu lagi

Thursday, July 23, 2009

kersik tapak kaki cinta

Ini adalah coretan seorang sahabat yang dapat saya copy semasa chating " درردشة" dengannya ketika meluahkan perasaannya mengenai Cinta. Begitu lama dia bergelumang dengan dunia cinta, menghirup udara cinta, bercakap dialog cinta, namun dia gagal memahami erti cinta. Sukar difahami, susah dimengerti.

memaut harapan yang tenggelam
air mata berguguran
menyapa penantian yang kecundang
beginikah seksanya hidup dalam penantian
setiap detik kulalui
jiwaku gelisah membisu
tetap setia menantimu
bayanganmu entah kemana
mengapakah kita harus ditemukan
jika penghujungnya berbeza……….


Ghurubnya matahari hari ini masih membawa erti wahai sahabat, jika kau cari erti mengapa kau disini.
Memang hebat monolog dirinya tepu dengan tamsil dan metafora
sukar dan sukar.....

Tuesday, July 21, 2009

Aku Melayu

Aku Melayu
Bangsaku gah dulu
Kini tiada lagi cerita itu

Kini yang ada hanya
Sisa-sisa kenangan
Bukan lagi tuan
Terlebih kita bertolak ansur
Negara hampir tergadai

Sang petualang rakus itu
Bertuhankan kertas-kertas ringgit
kemanusiaannya kurang
Keuntungan hanya keuntungan

Jangan hilang jati diri
Islam agamaku dan aku melayu
Toleransi dalam darahku
Tapi jangan dipijak maruah ini

Perlukan masa untuk berubah
Setelah 400 tahun lebih kami dijajah
Pemikiran terlalu lemah
Tapi kami sedang berlari
Teruskan jangan tertipu
oleh petualang menumpang lalu
Yang halus seninya menipu
Negara bangsa melayu

Sunday, July 19, 2009

Persetan Mereka


Persetan mereka
yang tinggi hidungnya
Berpongah-pongah bila berkata
yang menghina

Persetan mereka
Tanahnya sekangkang kera
Sawahnya seekar dua
harta termilik seolah berjuta

Persetan mereka
bangga pada rupa
lupa pada Yang maha berkuasa
yang memberi nyawa

Persetan mereka
yang tersenyum menghina
dan masih tertawa
dalam najis-najis dunia

Persetan mereka
mewabak kusta
dalam hati dan kata
Berkadas ia bila-bila

Persetan mereka
yang berbahasa nista
bersuara puaka
Bersulam kepalsuan indah bahasa
mempersetankan seruan yang Esa

Saturday, July 18, 2009

Befriend with patience


So it begins, time to come up and show the hidden potential,
You still have 1 year to do so and you should take an action by now.
It doesn’t matter how you do that, it matters how you can maintain being in that atmosphere,
The situation in which you know not to surrender and befriend with patience all the time.
To miss this golden opportunity really means that you are totally a bad fucking loser and
That makes you are not eligible to grasp the success in the future since you
Do not appreciate what you have had just now. Whether or not you entitled to go through,
You must do it and whenever you lose, grew up from that mistake and do it again till
You became a man. It is a must, the responsibility that you carry and that
Buck cannot be passed to others…… trying to get away from reality is a big mistake.
Fear NOT, coz you're the best !!!!!

Friday, July 17, 2009

Marga di dunia



Semalam melambai
mungkin melarang diri menjeguk hari ini.

Terasa masih berpaut pada dahan kenangan rapuh itu
yang mungkin bila-bila masa sahaja patah.
Namun diri masih enggan untuk melepaskannya
seolah sukar untuk berasimilasi dengan realiti

Apa ada pada kenangan.
Kesedihan juga yang menggamit
jika cuba diceroboh dinding ingatan.
begitu jauh lagi
Perjalanan yang entah bila bertemu noktahnya
mengikut hukum golongan marga duniawi

Ada yang tewas dalam gelanggang ini
lupa kehidupan adalah pertarungan
tidak boleh alpa, pesan nabi
harus jadi seorang pejuang, prajurit, pewira
Bergelut antara kebaikan atau kejahatan.

kasihan...
Seolah nafsunya tiada bermata, dilahirkan buta.

sedih dan kasihan.
hanyut dibawa arus globalisasi dan modenisasi
pasti arus fantasi
Modenkah ?
Harus temu cara selesainya
sebelum terus tertipu dengan kegairahan mereka
mereka marga duniawi.