Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya Buat Semua Bloggers
InsyaAllah pagi esok saya akan berangkat pulang ke kampung (kampungku yang indah Tanjung Piandang, Perak) dengan Bas Transnasional, mujurlah ada sorang kawan lagi kat rumah sewa bujang saya yang balik hari khamis, maka bolehlah dia hantar saya pada pagi esok. (Yahuuuuuuuuuuuuu, RAYA !!!).
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan ingin memohon maaf kepada teman bloggers, rakan-rakan Maya jika ada entry dalam blog saya yang tidak berkenan dihati, atau ada antara komen-komen saya yang keterlaluan di blog kawan-kawan sekalian. (Skema Gileeerrr!!!!)
Kalau dah duk kat kampung susahlah sikit nak update blog nie (mane ade internet kat rumah melainkan kena pergi ke CC). Jadi, saya letakkan disini kad Raya ikhlas dari saya, harap kepada rakan bloggers yang berkunjung mengambilnya.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
تقبل الله منا ومنكم
semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu
كل عام وأنتم بخير
semoga kamu semua dalam keadaan baik sentiasa
Masterzizoul
http://suaratanjung.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam adik.. selamat dlm perjalanan ye n ceria di hari raya, tima kasih kad :)
alahai... dekat le dengan rumah saya di di Seri Iskandar. Dulu saya tinggal di Siputeh baru pindah tahun lepas.
Semoga selamat sampai ke desinasi. Berhati-hati di jalan raya (pesan kat pemandu bas tu)
Maaf, tersalah baca. Ingatkan Kampung Piandang (di Siputeh), rupa-rupanya Tanjung Piandang.
A'ah tanjung piandang... Tapi saya selalu gak pegi seri iskandar... mak menakan saya duk di perumahan seri iskandar bota kiri tu...
selamat hari raya dan maaf zahir batin juga dari saya. semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali.
salam kenal dan kunjung balas. selamat bergembira dengan famili tapi jgn terlalu tau! balik awal bolehle membantu mana yg patut...bertuahle makayah.
Salam Aidil Fitri....moga dipermudahkan perjalanan anda pergi dan balik!!
selamat hari raya maaf zahir batin
~ ASSALAMUALAIKUM ~
Pertama kali mengunjungi suaratanjung, salam perkenalan dan persaudaraan dari saya
Seronok membaca tulisan sauadara, anak muda yang punya kekuatan dan ketinggian ilmu. Saya fikir banyak yang boleh saya pelajari di blog saudara
Justeru izinkan saya menjadi sahabat blogger anda walau usia kita jauh berbeda
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Post a Comment