Sunday, June 21, 2009

kawan oh kawan : Polemik Tegar

Begitu mudah mencari musuh dari mencari kawan. Kadang-kadang persahabatan yang terjalin lama boleh terungkai disebabkan satu perbalahan yang kecil. Ia berlaku atas dasar ketidaksefahaman yang kronik antara satu sama lain.

Perbezaan mungkin berlaku pada hal yang cukup remeh, mungkin berpunca dari hasad atau mungkin juga berpunca dengan sikap individu itu sendiri yang bersikap antagonis dalam perbualannnya. Kadang-kadang lawak terlebih dan tak kena tempat turut jadi punca.

Begitulah resam kita, mencari kawan tidak susah tetapi mahu rapat itu yang susah tetapi lagi mudah untuk merosakkannya dan menukarkannya kepada permusuhan.

Realitinya, susah untuk menyesuaikan diri dengan seseorang yang agak berbeza dengan kita dalam pelbagai aspek seperti cara berfikir, pengurusan masa, pengurusan diri, cara berinteraksi, cara membuat keputusan, cara bertindak dan lain-lain. Ia bukannya mustahil tetapi jika dengan insan antagonis dan agak kritis kalamnya memang akan jadi mustahil.

Persamaan kita cari, perbezaan kita raikan. Hidup akan tenang, bila orang minta tolong kita tolong dan bila orang yang ditolong minta tolong kita pula tolong dia. Jangan bersikap pentingkan diri sendiri. Reti-retilah berterima kasih walaupun untuk perkara yang kecil. Dalam landskap persahabtan itu yang penting.

Tak semua kita perfect, ia mengambil masa yang lama untuk mencari kesempurnaan. Untuk menjadi sehebat personaliti Tuan Guru Nik Aziz, petah berpidatao seperti Anwar Ibrahim, wawasan yang hebat seperti Tun Dr. Mahathir, berfikiran terbuka seperti Dr. Asri bukannya perkara yang boleh berlaku dalam semalam dua. Kita semua sedang menuju ke arah kesempuranaan, ada yang berlari ada yang berjalan bahkan ada yang merangkak.
Namun jika kita sedar yang akhirnya tiada apa yang lebih sempurna daripada Allah S.W.T maka kita akan lebih berlapang dada.

3 comments:

Anonymous said...

macam ada kaitan je ngan blog satu lagi tu...terasa ke ble dia kata anta penterjemah yang tidak hebat...ala gurau je tu..

mohdrusli said...

Kawan-kawan! Apa yang penting?? TEAMWORK..

Masterzizoul said...

betul ustaz. Ruh ta'awuniah itu yang penting. letakkah noktah pada episod kelam, dan pelajarannya disini kita harus belajar menerima kritikan.