
InsyaAllah pagi esok saya akan berangkat pulang ke kampung (kampungku yang indah Tanjung Piandang, Perak) dengan Bas Transnasional, mujurlah ada sorang kawan lagi kat rumah sewa bujang saya yang balik hari khamis, maka bolehlah dia hantar saya pada pagi esok. (Yahuuuuuuuuuuuuu, RAYA !!!).
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan ingin memohon maaf kepada teman bloggers, rakan-rakan Maya jika ada entry dalam blog saya yang tidak berkenan dihati, atau ada antara komen-komen saya yang keterlaluan di blog kawan-kawan sekalian. (Skema Gileeerrr!!!!)
Kalau dah duk kat kampung susahlah sikit nak update blog nie (mane ade internet kat rumah melainkan kena pergi ke CC). Jadi, saya letakkan disini kad Raya ikhlas dari saya, harap kepada rakan bloggers yang berkunjung mengambilnya.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
تقبل الله منا ومنكم
semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu
كل عام وأنتم بخير
semoga kamu semua dalam keadaan baik sentiasa
Masterzizoul
http://suaratanjung.blogspot.com/