Friday, September 4, 2009

Jangan tinggalkan aku Tuhan


Album : Diwani - Satu Peringatan


Tuhan…

Jangan tinggalkan aku Tuhan

Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan

Apalah erti hidup ini

Jika Engkau biarkan aku Tuhan

Segala yang ada tidak ada erti

Apalah erti hidup tanpamu Tuhan

Aku memerlukan Mu

Jika Engkau pimpin aku

Segala yang ada mempunyai makna

Setiap milikanku mempunyai erti

Kalau tidak memiliki apa-apa pun

masih mempunyai

Begitulah besarnya erti hidup ini

Bersama mu bahagialah hati

Cerialah muka walaupun papa

Kalau hidup ini tidak bersama mu

Hilanglah bahagia ceria tiada

Walaupun berkuasa dan kaya

Betapalah kalau miskin dan papa

Bertambah malang bahkan celaka

Engkau adalaha keperluan di dalam kehidupan

Engkau adalah cahaya menyuluh harapan

Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan

Engkau adalah segala-galanya

Jangan tinggalkan aku Tuhan

Jangan biarkan aku Tuhan

Itulah harapanku padamu

Dengan rahmatmu

Tuhan harap tunaikan

Tuhan harap….

Harap….

Tunaikan…

7 comments:

maiyah said...

salam.. Tuhan sentiasa bersama cuma hambaNya yg selalu menjauhkan diri, walau diberi musibah Allah tetap menghulurkan kasih sayangnya

al-lavendari said...

Pandangan Maiyah tu sangat tepat. Saya setuju. Lalu saya segera teringat akan sajak yang saya post 2 hari (2 Sept.) "Tuhan ku ... ampunilah daku!" di laman yang ini.

Masterzizoul said...

Tuhan sayangkan kita.... cuma kita yang alpa, musibah diberi sebagai peringatan kepada kita yang lupa, oh rupanya tuhan masih ingat kepadaku diberinya musibah ini agar aku kembali kepadaNya, berdoa, berserah, meminta dengan rasa kerdil diri. Didikan tuhan di dalam setiap ujian.Hanya yang celik hati dapat memahami

Ibnu Husain El-Qahiry said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Husain El-Qahiry said...

نعم، إنا كنا من الظالمين ولكن الله هو التواب الرحيم..ـ

غفر الله لنا أجمعين

ZOOL@TOD said...

Allah tidak pernah jauh dari kita. Kita yang sering menjarakkan diri denganNya.

a kl citizen said...

assalammualaikum

janganlah hendaknya Allah tinggalkan kita ya...