Wednesday, January 27, 2010

esok yang menanti

Biar berlalu kisah semalam

Walaupun bayangnya masih belum hilang

Detik-detik itu kami lalui

Bersama ketabahan hati

Berdamping dengan kekuatan sendiri

Kami akur

Kami patuh

Namun azam kami tetap utuh

Membina jambatan menyeberang 2 dunia

Betapa azab kami mencuba

Tidak terlalai walau seketika

Rezeki dicari diberi Sang pencipta

Walaupun tahu

kami meresah lagi


Saat itu pasti tiba

Kami tersenyum di puncak jaya.

4 comments:

ZOOL@TOD said...

Mara ke hadapan, tinggalkan yang lepas. Tetapi sekali-sekala tolehlah ke belakang, lihat jejak kita. Adakah kita masih di laluan yang tepat?

Jika silap, cepat ubah laluan!

Masterzizoul said...

ya betul tu en. Zool... perjalanan lepas mencorakkan kembara hari ini... apa salahanya melihat semalam, mungkin mendapat pengajaran

maiyah said...

perjalanan dr lepas akan jadikan kita lebih yakin.. moga berjaya

a kl citizen said...

assalammualaikum masterzizoul

'history' memang tepat.... his-story, kisah-kisah kita, buat direnung, diikuti serta dijauhi

agar history kita mendidik kita agar lebih matang