Friday, January 9, 2009
MENCARI HIKMAH PERBUATAN TUHAN
1.1 HIDUP TANPA TUHAN MEMANG TIDAK BERMAKNA, SEJAUH MANAPUN KITA INGIN LARI DARIPADA HAKIKAT BERTUHAN AKHIRNYA PADA SUATU TAHAP KITA AKAN MENGAKU KALAH DENGAN MENYEDARI BETAPA ADA SUATU KUASA LAIN YANG MEMPENGARUHI HIDUP KITA, YANG LEBIH BERKUASA MENENTUKAN HIDUP KITA, TEMPAT UNTUK KITA MENGADU NASIB MEMINTA SESUATU.
1.2 TUHAN YANG MAHA ESA, SENTIASA BERSAMA KITA, PERBAIKKANLAH SANGKAAN TERHADAP TUHAN, CARILAH HIKMAH DISEBALIK TINDAKAN TUHAN, MESKIPUN MENDUNG HITAM SENTIASA MENYELUBUNGI KITA, TETAPI DENGAN MERENUNG ERTI SEBENAR KEHIDUPAN DUNIAWI YANG SINGKAT INI MUNGKIN KITA DAPAT MENGERTI SEGALA TINDAKAN TUHAN.
1.2 KERAP AKU BERTANYA MENGAPA TUHAN TIDAK MENJADIKAN AKU SEHEBAT MANUSIA LAIN LENGKAP DENGAN WAJAH RUPA MENAWAN, DIKURNIA BAKAT TERTENTU, LAHIR DALAM KEBAHAGIAAN DAN KEMEWAHAN, MENGAPA TIDAK TUHAN JADIKAN AKU SEBAIK MEREKA, ADAKAH TUHAN INGIN MENYEKSA AKU? NAMPAKNYA AKU GAGAL MEMAHAMI BAHAWA KELEBIHAN-KELEBIHAN INI MEMPUNYAI HARGA BAYARAN YANG TINGGI, KEPADA SESIAPA YANG DIKURNIAKAN DENGAN KESEMUA INI MAKA MEREKA AKAN MENJAWAB DI HADAPAN TUHAN BAGAIMANA MEREKA MENGGUNAKAN KESEGAKAN MEREKA, KEKUATAN MEREKA DAN KEHEBATAN MEREKA, TUHAN JADIKAN AKU SERBA KEKURANGAN KERANA INGINKAN AKU BELAJAR MENJADI SEORANG HAMBA YANG MERASA BERGANTUNG KEPADA-NYA, MERASA DIRI TIDAK PUNYA KEKUATAN KECUALI JIKA HANYA DIIZINKAN TUHAN MEMILIKINYA.
1.3 BAHAGIA LUAS MAKSUDNYA, IA TIDAK BOLEH DIUKUR DENGAN KEKUATAN KEEWANGAN ATAU KECANTIKAN, IA ADALAH PERASAAN SELESA DENGAN KEHIDUPAN MESKIPUN HIDUP DALAM KEKURANGAN DAN SERBA KEMISKINAN, HIDUP YANG MEMPUNYAI BARKAH ATAU KEBERKATAN ADALAH AJAIB DIMANA MANUSIA MERASA BERASA SELESA DAN BAHAGIA DENGAN KEKURANGADAN TIDAK MERINTIH DENGAN KEKURANGAN TERSEBUT SEBALIKNYA BERSYUKUR KEPADA TUHAN KERANA MENGURNIAKAN SEBUAH KEHIDUPAN YANG BAHAGIA.
1.4 JUSTERU ITU, BAIKKANLAH SANGKAAN TERHADAP TUHAN, TUHAN TIDAK MENGINGINKAN HAMBANYA HIDUP DALAM KESUSAHAN DAN PENDERITAAN DAN JIKA DIA BERBUAT BEGITU MAKA ADA TUJUAN DAN MAKSUD TERSEMBUNYI YANG HARUS DICARI OLEH MANUSIA. DAN KERANA ITU JUGA, JANGANLAH DIRI ENGKAU TERUS MEMPERSOALKAN TENTANG KEADILAN DALAM SEGALA TINDAKKAN TUHAN, KEBAHAGIANMU PASTI MENJELANG NANTI DAN HANYALAH KESABARAN YANG PERLU KAU TANAMKAN DALAM JIWAMU AGAR IA MEMBIAK BERKEMBANG DIDALAM DIRIMU MENJADI SEPOHON KAYU BESAR YANG KUAT MEMBERI TEDUHAN DARIPADA HUJAN KERAGUAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment