Thursday, January 15, 2009

Ya Allah kuatkan azamku

Ya Allah kuatkan azamku,

Aku sebenarnya tidak mahu terus hidup sebegini, aku perlukaN suntikan semangat… aku perlukan perkara yang BOLEH menjadi titik tolak dan platform untuk maju ke depan.

Ya Allah kuatkan azamku,

Dahulu aku adalah seorang yang penakut, tidak berani menerima cabaran, gemuruh, tidak pandai merancang dan tidak mampu mengharungi situsasi susah, jiwanya terlalu lembut kerana masalah-masalah yang ditempuHnya melemahkan kekuatan jiwanya. Aku mahu ubah sikap ini, kerana apa?, jawabnya ialah kerana aku tidak mahu terus berdiam diri bermastautin di dalam ketakutan.

Ya Allah kuatkan azamku,

Untuk memperolehi sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. Setiap sesuatu ada harganya, harga bagi keberanian dan pengalaman ini adalah sifat egois YANG aku bangga-banggakan DAN sifat pengecut aku. Korbankanlah harga diri dan maruah kau yang tidak seberapa itu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pulangan yang bakal diperolehi.


Ya Allah kuatkan azamku,

Pengalaman yang akan diperolehi nanti sebenaryan sedikit-sebanyak dapat membantu dalam kehidupan. IA adalah suatu perkara yang cukup berkesan dalam membantu meningkatkan potensi kemajuan diri. Kekuatan mental dan fizikal memang sangat aku perlukan ketika ini bahkan di waktu hadapan. Aku tidak mahu meneruskan tradisi kegagalan. Sifat buruk itu perlu dikikis sebelum ia mencapai suatu tahap sukar untuk dibenteras.


Ya Allah kuatkan azamku,

Berhadapanlah dengan realiti kehidupan, tinggalkan segala khayalan dan fantasi-fantasi yang tidak mungkin menjadi benar. Hidup ini penuh cabaran, kemanisannya cukup sedikit sehingga tidak mampu menjadikan kepahitan itu bertukar rasanya. Kemana kau akan pergi dengan terus memasang impian palsu dan fantasi? Sedarlah dimana kau sekarang, pijak bumi ini, biar kau rasa yang kau memijak tanah bumi. Yang benar itu benar, kebenaran yang sememangnya dapat kau fahami.


Ya Allah kuatkan azamku,

Kebanyakan rakan tidak yakin dengan aku, kesangsian mereka begitu tebal mengatakan aku tidak boleh. Adakah sampai disini saja had yang aku mampu capai? Tidakkah boleh aku pergi lebih jauh lagi? Ya Allah, adakah ini sahaja kekuatan yang aku ada? Aku sangsi dengan diri aku sendiri, padahal aku tahu betapa sebelum ini kehidupan aku penuh dengan kesengsaraan, penderitaan, semuanya kesan daripada kurang pengalaman yang diperlukan dalam menempuh kehidupan. Nah!, tiada bezanya jika aku tidak mampu membuat perubahan, aku akan terus berada dalam kegelapan ini selama-lamanya, bayang ketakutan terus mengekoriku. Hentikan semua itu, keputusan di tangan kau, kehendak dirimu sendiri, buatlah keputusan dengan bijak dan saksama. Semuanya akan berakhir. Ya, semua mimpi buruk akan hilang.

Ya Allah kuatkan azamku,

SAAT UNTUK BERUBAH MEMANGGIL AKU, MENYENTAK DIRIKU UNTUK BANGUN DARI MIMPI DUSTA. KEHADAPAN, JANGAN MENOLEH LAGI KERANA TIADA JALAN UNTUK PULANG. SAAT SENANG TELAH TAMAT, SAAT INI PENUH TANGGUNGJAWAB, SAAT INI PENUH DENGAN SEMANGAT MEMBARA. BERTUKAR, BERUBAH, BERTENAGA MENGUBAH KESALAHAN DAN MEMASANG HARAPAN.

No comments: