1.1 : Comfort zone nie memang berbahaya. Kalau orang tu dah melalui zon nie memang boleh tengok tingkahlakunya dah jadi lain. Semua orang akan berada dalam zon ini terutama jika sudah melalui tahap susah untuk mencapai sesuatu matlamat tetapi malangnya jika "Zon Selasa" ini menyekat sumbangan tenaga yang lebih besar terhadap pembangunan diri.
1.2 : Jangan jadikan keselesaan sekarang sebagai batu penghalang untuk potensi diri. Lagi banyak perkara yang dilakukan dan lagi besar usaha yang ditunjukkan maka lagi hebatlah kejayaan yang bakal dimiliki.
1.3 : Istilah cukup makan nie lemparlah jauh-jauh. Buat apa usaha lebih-lebih..cukup makan sudah... ini yang membantutkan perkembangan dan kemajuan diri. Sebaliknya kita harus bergerak laju, mencuba sesuatu yang baru dan tidak lagi BERKHAYAL dalam zon selesa yang tidak selamat ini.
1.4 : Mungkin sekarang kita sama. Yang berusaha sederhana dan yang berusaha berganda. Namun jika kita dapat membuka minda melihat seluas teori space time albert einstein yang mencadangkan bahawa universe ini sentiasa expending-berkembang-, kita mungkin mampu melihat di mana kita 10 tahun nanti. Luaskan pemikiran, lihat usaha diri dan renungkan mampukah ia membuka jalan kepada kejayaan yang luar biasa.
1.5 : Mungkin juga kita akan berjaya dengan berusaha sedikit. Mungkin kita akan berjaya dengan berkhayal. Namun dunia mempuyai peraturan khusus dimana ada sabab disitu ada musabbab dan kejayaan itu sendiri sentiasa memilih pemilik yang berhak memilikinya.
No comments:
Post a Comment