Tuesday, August 11, 2009

Munsyi Abdullah beri nasihat

* Petikan Hikayat Abdullah (1849), karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi@ Munsyi Abdullah (Majalah Mastika keluaran Ogos 2009)

Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. Maka mustahil pada akal; Adakah orang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? Bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu? Dan lagi pula, katanya, "Apakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita? Lagipun dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa Arab, berguna dunia akhirat." Itu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain, jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu? Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa Melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dalam bahasa Melayu, baik peranakan, atau barang bangsa yang lain-lain menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim surat atau membalas surat, melainkan sekalian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melainkan dalam sembahayang atau berdoa itulah sahaja.

2 comments:

ZOOL@TOD said...

Kerana itulah bahasa melayu banyak menciplak bahasa lain. Tiada identiti sendiri. (identiti pun ciplak bahasa inggeris (identity))

Masterzizoul said...

dari sudut memang tak berapa bagus, tapi dari satu sudt yang lain nampak proses asimilasi bahasa melayu dengan bahasa lain telah memajukan bahasa kita...