Monday, August 3, 2009

Sedar diri sedar ruang


Aku cukup hairan melihat orang yang senantiasa memandang rendah terhadap oarng lain. Kehairanan aku ini secara lebih tepatnya menjurus kepada orang kaya (yang tak sebarapa kaya) yang khazanah katanya kaya dengan ungkapan bernada sinis.

Kadang-kadang pandangan, senyuman dan tawa sinis sudah mampu mengguris hati si miskin. Fenomena ini boleh dilihat di kampung-kampung, di kampung cikgu tadika pun berlagak, cikgu sekolah rendah dan cikgu sekolah menengah apatah lagi, tapi tak semualah (ayah aku pun cikgu, kawan-kawan satu batch kebanyakannya jadi cikgu samada J-QAF atau DPLI). Aku berfikir apalah musibahnya golongan sebegini. Yang kaya mengeji yang miskin terasa hati. Bergemercing monolog diri, perlu diluahkan.

Wahai si kaya yang tak seberapa kekayaanmu
ingatkah kau
dulu siapa dirimu
atau saat ini kau melihat dirimu di cermin
cermin itu sudah memantulkan bayang orang lain
kau tersenyum

Kenapa hidungmu tinggi
samakah kayamu dengan taukey cina
Samakah kau dengan kaya ahli politik
atau hanya berpangkat kecil dalam kerajaan
gaji makan bulan berapa ribu
dua ribu tiga ribu empat ribu lima ribu
taukey kaya untungya puluh ribu sebulan
atau mungkin saja kau berkereta waja
isteri kau putih sedikit kulitnya
anak-anak kau cemerlang periksa
pencen yang kau bangga

Mungkin kau lupa
Melayu tak mudah lupa
hanya kau lupa
mengapa bertamsil menghina
hati si miskin itu nipisnya kulit bawang
lebih rapuh dari ranting-ranting kayu
kau pijak dengan tawamu
susun kata puitis putar balik
si miskin itu tidak memahami
apakah puji yang kau beri

Lupa dulu asal usulmu
Melayu maju sekarang kerana melayu dulu
melayu harus tolong melayu
kalau tahi hidung kau sebegitu masin
lebih dari masinnya laut cina selatan
cukuplah api semangat
bakar semangat mereka
memberikan kudrat untuk mereka
menghumban jauh-jauh rantai-rantai kefakiran
Mereka mampu terbang
sayap bebas menerbangkan mereka
menghirup udara angkasa yang segar
biar mata mereka setajam helang
merenung peri penting alif ba ta
seperti yang kau peroleh

kau megah dengan pujian pengampu
pengampu daerah
pengampu kampung
pengampu parit-parit

Miskin harta kaya jiwa
makan sedikit banyak berbudi
budi itu mampu dikenang
budi itu bukan hutang
yang mengenang akan membalas

kalau kau masih memahami
wahai anak kampung
apa erti sawah padi
apa erti pohon kelapa
apa erti selut dan pacat
apa erti ayam dan itik
apa erti kabus dinihari …..

3 comments:

Maiyah said...

salam.. biasalah manusia ni rasa diri tu sentiasa betul dan sempurna sifat irihati dan dengki menjadi permainan dalam sembunyi pas tu apalagi mulalah merendahkan org lain,

Fadh Rahman said...

manusia sememangnya begitu terkecuali mereka yang kuat iman dan beralam soleh kepada-Nya.

Masterzizoul said...

gunting dalam lipatan.....
kalau buat baik pun ada udang di sebalik batu...