Bahasa Arab merupakan bahasa yang dituturkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Oleh kerana keistimewaan yang dimiliki oleh Bahasa Arab,Allah telah menurunkan mukjizat terbesar nabi Muhammad saw menggunakan lisan Arab.Kriteria istimewa yang dimiliki oleh Bahasa Arab adalah seperti mempunyai prosa kata yang banyak dan kaya dengan lafaz yang mampu mengungkapkan setiap ekspresi penutur.Setiap huruf yang berbeza mengandungi intonasi tersendiri yang mencerminkan maksud perkataan tersebut.Contohnya perkataan لين yang bermaksud lembut sesuai dengan huruf yang dipilih kerana huruf ل ي ن melahirkan intonasi yang lembut juga.Manakala perkataan غضب yang bermaksud marah terdiri daripada huruf-huruf yang mempunyai intonasi yang agak kasar.Bahasa Arab sememangnya memiliki keunikan yang menakjubkan jika mengkajinya secara terperinci.
Namun,apa yang mendukacitakan adalah nasib Bahasa Arab Fushah(baku) hari ini agak menyedihkan memandangkan ramai yang memandang sepi akan keistimewaan yang dimiliki.Justeru terdapat usaha untuk menjadikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Ammi yang tidak mempunyai dasar yang kukuh sebagai kiblat hidup mereka.Bahasa Arab Ammi(rojak) yang jauh tersimpang dari prosa dan tatabahasa Arab yang tulen bermula sejak zaman sebelum kebangkitan Islam lagi.Fenomena kerosakan bahasa ini timbul disebabkan faktor politik(kolonial),sosial, ekonomi,perang saraf(di dalam bahasa Arab sendiri),arus kemodenan,kesilapan memindahkan fakta dan pelbagai lagi.
Kesalahan umum dalam penggunaan prosa Arab telah berkembang secara berleluasa.Malah penyair terkemuka pada zaman Jahiliyyah juga turut terlibat dalam fenomena kerosakan bahasa ini.Contoh yang boleh saya hadirkan adalah kata-kata Ubaidillah bin Ziyad yang merupakan gabenor Islam di Kufah dan Basrah,
“ “bermaksud bukalah pedang kamu.Maksud sebenar beliau adalah,”hunuskan pedangmu” dan perkataan yang paling tepat adalah” “.Beliau telah terpengaruh dengan penggunaan lafaz-lafaz Farsi kerana ibu beliau beasal daripada Farsi.
Tambahan lagi,percampuran orang Arab dan ‘Ajam(bukan Arab )telah merancakkan lagi fenomena ini apabila lahirnya pelbagai lafaz-lafaz baru yang menggabungkan beberapa bahasa yang berbeza.
Mengintai dari skop politik,kolonial atau penjajahan merupakan faktor terpenting yang membantutkan penggunaan Bahasa Arab Fushah di kalangan masyarakat Arab.Mesir sendiri yang dijajah oleh Perancis dan Inggeris telah dilanda satu revolusi apabila Bahasa Ammi mula dipakai secara berleluasa.Unsur-unsur kemodenan yang dibawa berpenjajah menjauhkan masyarakat Islam daripada pegangan Islam lantas meninggalkan Bahasa Al-quran dan lebih bangga bertutur menggunakan Bahasa Ammi atau bahasa penjajah.Bahasa Ammi mula diadaptasi dalam media elektronik dan cetak.Justeru timbul banyak gerakan yang membantu pertumbuhan Bahasa Ammi di Mesir.Contohnya Wilhalm Spita Jermany telah menyeru masyarakat Mesir mempopularkan Bahasa Ammi melalui buku beliau berjudul “Tatabahasa Arab Ammi Mesir” yang diterbitkan pada tahun 1880.Permulaan ini diikuti dengan kesungguhan bangsa asing mempelajari lahjah atau dialek Mesir dalam usaha menguburkan Bahasa Arab Fusha.Antaranya seorang orentalis Perancis,Selfredtrada Sasi telah menerbitkan hasil kajian beliau berjudul”Bahasa Ammi Mesir dan Syam”.Malah sebuah universiti di United Kingdom telah menubuhkan jabatan khusus pada awal kurun ke 19 untuk mengkaji secara teliti tentang Bahasa Arab Fusha dan Ammi.Lalu di manakah peranan kita untuk mendalami Bahasa Al-Quran ini?
Apa yang menyedihkan,lahir di kalangan anak tempatan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk mempertahankan bahasa ibonda.Sebaliknya mereka menyeru masyarakat membudayakan Bahasa Ammi.Kamal Hasan dalam karya beliau”Bahasa Arab Kontemporari” telah memperkenalkan bahasa yang lebih ringan untuk digunapakai dengan memperincikan hanya beberapa bab terpenting dalam Nahu(tatabahasa Arab)sahaja untuk dipelajari.Beliau juga mengharuskan penggunaan beberapa kalimah asing dalam pertuturan Bahasa Arab Fusha untuk memudahkan penutur mengungkapkan apa yang terlintas di mindanya.
Tuntasnya,fenomena ini telah menyentuh sensitiviti ulamak kita untuk bangkit menyedarkan masyarakat peri pentingnya memprolifikkan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan.Justeru,kita wajib menilai dengan mata hati betapa Bahasa Arab Ammi tidak langsung sama kedudukannya dengan Bahasa Arab Fusha.Saya seru diri saya dan sahabat-sahabat untuk membudayakan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan semaksimum mungkin .
5 comments:
akak slalu baca Quran pas tu tgk terjemahamnya, tapi pening gak nak ingatnya, cuma yg mudah2 je bleh ingat
xpe kak, itu lebih baik dari mengahafal banyak surah tapi x faham langsung isi kandungannya.. sedikit biar bermanfaat.
Pernah ambik paper bahasa arab masa SRP dulu tapi kantoi. Dah tua-tua ni rasa menyesal pun ada. Baca Al-Quran susah nak hayati sebab x paham.
Macam Maiyah, sekarang ni tengah merangkak2 nak memahami ayat-ayat suci Al-Quran (saya mulakan dengan ayat-ayat lazim)(melalui terjemahan dan kupasan oleh mereka yang lebih arif).
Membaca Al-Quran adalah ibadah dan beroleh pahala meskipun tidak memahaminya tetapi alangkah bagus jika kita memahami wahyu tuhan yang kita baca bukankah ia هداً للمتقين petunjuk bagi orang yang bertakwa. Allah berdialog dengan kita saat kita membaca firmanNYA
adik akak penah blaja kat mesir..diorang puji bahasa arab orang malaysia baik...bagus gitukan sebab kita diajar arab baku sedangkan diorang guna bahasa arab ammi je...
Post a Comment