Thursday, March 26, 2009

Tenang atau lembab?

1.1 Manusia dicipta berbeza rupa, berbeza perangai dan sebagainya. Mungkin perbezaan inilah yang membawa kepada konflik dalaman dan luaran yang kemudiannya menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan rumit. Sekilas pandang, aku mementingkan ketepatan masa dalam perjalanan kerja. Sungguhpun laungan biar lambat asal selamat memang tepat tetapi bangsa Melayu kita sudah dikenali sebagai satu bangsa yang lembab. Lembab dari segi kemajuan, cara berfikir, perancangan dan yang paling penting ialah perlaksanaan.

1.2 Seseorang mengatakan tenang pada fikiran tidak lambat pada perbuatan. Dan aku bertanya bagaimana jika tenang hanya pada fikiran lambat pada tindakan? Jika berlaku pertelingkahan antara kenyataan itu maka ia tetap tidak berguna. Tenang dalam berfikir memang sesuatu yang bagus, ia memudahkan proses berfikir dalam menyalurkan idea kepada perkara-perkara yang berkaitan.Tetapi jika ketenangan itu membawa kepada perlahan atau lembab dalam bertindak maka ia membuka kepada satu masalah baru, masalah yang sudah lama dihidapi oleh bangsa Melayu.

1.3 Mengapa perlu lambat bertindak dan berkerja sekiranya kita sudah tenang pada berfikir? Apa masalahnya? Adakah ketenangan itu merencatkan pembuahan idea atau ia melambatkan proses pengalihannya dari teori kepada praktikal?

1.4 kita sekarang bergerak maju dalam dunia yang cepat dan pantas. ketenangan dalam proses kerja memang perlu tetapi mengapa perlu disinonimkan dengan lembab. Teori ini memang cantik dan hebat tetapi ia tidak dilaksanakn dengan betul. Oleh itu, seperti yang dikatakan tadi memang bangsa kita bermasalah, teori yang difikirkan untuk membangunkan bangsanya sendiri yang kelihatannya bagus tidak muncul sebagai teori yang hebat kerana perlaksanaannya bertentangan dengan idea teori asal.Bukan mengutuk tetapi sekadar berkongsi idea memberi teguran kepada bangsaku sendiri.

1.5 Alasan lain yang diberi, jikalau cepat berkerja pun apa gunanya jika hasil itu tidak sempurna? teori tenang ini seolah-olah mahu melontarkan maksud lain iaitu tenang (lembab atau lambat) biar tepat. Seolah-olah mahu berkata apa guna cepat bertindak tapi tidak sempurna, lebih baik kepada idea biar tenang (tenang lembab) dan lambat asalkan sempurna dan tepat.

1.6 Demikianlah yang menyebabkan kemunduran bangsa kita. Lambat pada berfikir dan lambat pada melaksana. Dimana kita ketika Negara barat sudah mencapai kemajuan dalam pelbagai industri. America sudahpun mengalami The Great Depression pada 1930 dimana berlakunya masalah saham di Wallstreet dan akibatnya mengsensarakan seluruh eropah dan ia salah satu punca kebangkitan Hitler di German. Tapi dimana kita pada masa itu? dimana kita? masih bermain laga ayam? tidur? adakah sekarang kita lebih maju?

1.7 Cepat bertindak dan cepat berfikir. sejujurnya saya tiada masalah dengan teori tenang ini. Tetapi biarlah ia serupa cakap serupa bikin. Ia berbentuk motivasi tapi jangan sampai mengelirukan. Namun pada hemat saya yang dhoif dan tidak sempurna berkerja ini, saya lebih menyebelahi biar cepat dan tepat dari lambat dan tepat. kita sudah tiada masa lagi untuk melambat-lambatkan diri. Persaingan semakin sengit.

1.8 Sedikit pesanan buat budak bahasa arab. kita perlukan perubahan minda. Jangan hanya terkongkong dalm dunia bahasa sahaja, kita perlukan ilmu lain untuk maju. Bahasa merupakan senjata kita tetapi kita lupa penguasaan bahasa adalah kunci kepada gedung ilmu. kita sudah mempunyai kuncinya : kunci bahasa melayu, kunci bahasa inggeris dan kunci bahasa arab. Terokailah gedung ilmu ini bersama-sama. Angin ilmu menyapa tubuh kita setipa hari, ilmu ibarat udara sekarang ia dimana-mana. Kita harus percaya kepada multi-skills dan multi-languages. Jangan hanya sekadar kita hanya menjadi nantinya sebagai seorang pembaca doa kenduri tahlil dan majlis kesyukuran, imam sembahyang dan si pembaca yasin masih lagi berlegar dalam skop ini. Perbaiki penguasaan bahasa inggeris dan pada masa yang sama meneroka dunia maklumat politik, sejarah dan ekonomi.

Anda bagaimana? cepat berfikir dan cepat berkerja atau lambat berfikir dan lambat berkerja?

2 comments:

Anonymous said...

السلام عليكم.... يا صاحبي، أتفكر أنني أعرف القصة هذه... ها ها، ربما بينكم انفجار حرب... أعلمني بها...لماذا؟ لماذا؟؟ هاهاها..

مع أخلص التحيات:
مسترذول

Masterzizoul said...

Ha.. ha.. begitulah Liey. Macam-macam perkara yang berlaku semenjak ketiadaan mu huhuhu