Tuesday, September 15, 2009

29 ke 30?

Ayat-ayat puasa ini (al-Baqarah : 183,184,185, 186 dan 187) diterangkan begitu rupa dengan penggunaan gaya bahasa yang amat menakjubkan. Semuanya digambarkan dengan kata-kata yang lemah lembut, jernih dan indah dengan penggunaan gaya bahasa yang merangsangkan pembaca dan pendengar untuk mengerjakan perintah tersebut.

Allah S.W.T. memulakan dengan kata seruan yang amat digemari oleh semua orang-orang Islam iaitu :

yang bererti : “ wahai orang-orang yang beriman ”.


Kemudian disertai dengan suruhan agar umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadan, tetapi dinyatakan bahawa ibadat ini bukan perkara baharu kerana telahpun dilaksanakan oleh umat-umat terdahulu :
كَمَاْ كُتِبَ عَلَىْ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ

Ertinya : “ sebagaimana mana difardhukan ke atas umat terdahulu ”.


Kemudian diikuti oleh kata-kata perangsang seterusnya dengan lafaz :


Ertinya : “ hanya beberapa hari yang tertentu sahaja ”, iaitu bukannya difardhukan sepanjang umur dan sepanjang masa iaitu hanya 29 atau 30 hari sahaja berbanding dengan 360 hari dalam satu tahun.

Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, maka tidak semestinya puasa hanya 30 hari sahaja kerana ia boleh jadi 29 hari. Ia boleh ditentukan samada melalui taqwim ataupun melihat anak bulan.

1 comment:

Maiyah said...

makasih adik, jadi bleh ler 29 hari aje ye, sbb akak dgr ada org yg posa samaada dah diputuskan atau tak mereka tetap hnya posa 29 hari.. selamat hari raya