Tuesday, September 1, 2009

Dengki


Pernahkah anda berperasaan dengki? Bagaimana rasanya ketika dihinggapi penyakit dengki ini?.

Dengki secara mudahnya boleh dikatakan sebagai perasaan cemburu melampau apabila melihat seseorang memiliki sesuatu melebihi kita. Perasaan ini dialun dengan campuran rempah lain iaitu mahukan kelebihan itu segera pergi atau hilang atau menginginkan orang itu ditimpa malapetaka.

Dengki memang berbahaya, kalau dah kena penyakit ni memang susah nak pulih. Hidup akan menjadi sengsara kerana tidak tahan jiwanya melihat kawan-kawan disekeliling mendapat sebarang kelebihan. Diri merintih, keluh kesah, tidak senang duduk, rasa marah, rasa tidak puas hati. Kenapa dia mesti lebih daripada aku? kenapa dia mesti sempurna daripada aku?.

Ia membakar perasaan mulia dalam hati dan membenihkan perasaan permusuhan dan kemusnahan yang cukup dasyat. Kalau tak diubati nescaya tidak amanlah hidup sehinggalah matinya.

Biarpun sentiasa menafikan ketidakhadiran perasaan di dalam diri kita namun hakikatnya benih hasad dengki sentiasa wujud dalam tubuh badan kita (termasuklah penulis). Ia akan membesar jika kita mencampakkan baja memberikan ia peluang untuk bertunas dan berakar tunjang dalam hati kita. Hati akan ditutupi dengan lebatnya daunan pohon dengki daripada mendapat sinaran hidayah.

Mahukan apa yang dimiliki oleh orang lain? Usaha didahulukan, pencapaian diutamakan. Seperti kata pepatah arab من جد وجد, siapa yang berusaha dia akan dapat. Rezki kita, kita makan rezki orang jangan kacau. Allah Maha Adil dalam segala-galanya termasuklah menentukan rezki hamba-hambanya.

Jangan sengsarakan diri dengan mencemburui kejayaan orang lain. Praktikkan konsep syukur dengan sentiasa melihat orang yang lebih susah daripada kita agar mampu melunakkan hati kita. Kita mampu memiliki apa yang diingini jika betul caranya dan dengan keizinan ilah yang Esa.

6 comments:

Maiyah said...

salam adik.. dengki ni mmg ada pd sesetgh org, mrk yg ada sikap ni mmg ssh nak buang.. rasanya sikit pun mesti ada tapi kene ler cpt beristighfar dan pikir yg positif

al-lavendari said...

Salam.

kalau rumah kita kecil dan rumah orang lain besar ... ada dua cara supaya rumah kita lebih besar dari rumah orang lain:

Pertama - besarkan lagi rumah kita denga membuat bilik atau ruang tambahan, atau

Kedua - kecilkan rumah orang lain dengan meroboh bilik atau ruang rumah mereka.

Kedua-dua cara menyebabkan rumah kita lebih besar dari rumah orang lain. Tetapi secara hakikatnya, cara pertama lah yang benar2 membesarkan rumah kita.

hai said...

salam,
bagi akak la kalau kita nampak ada orang yang mempunyai kelebihan dari kita maka bandingkan pula kita dengan orang yang mempunyai kekurangan dari kita...pasti kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada...
berfikirla secara positif,kalau orang tu berusaha lebih,sudah tentu menampakkan hasilnya dan begitu la sebaliknya...jadi kalau kita ingin menyainginya pastikan kita juga berusaha sebaik mungkin!!!

Masterzizoul said...

salam. Bagus komen kak Maiyah. Bersaing secara sihat tanpa hasad adalah digalakkan, cemburu dlm berlumba2 membuat kebaikan. Kadang-kadang bila terlalu dengki pada sesorang, memushi dan membenci tetapi bila kita dalam kesusahan orang itulah yang banyak menolong kita. Termenung sekejap YaAllah betapa hinanya hambaMu ini. Mengapa begitu busuk hatiku.

dino said...

kita kena tengok diri juga..saya sendiri sentiasa bersikap dengki jadi kena sentiasa berfikir dua kali kalau melakukan sesuatu takut perasan jahat tu meresap maklumkan dah ada dalam genetik susah nak buang. jadi kalu boleh saya nasihat cerminkan diri kita banyak kali...

Guru said...

assalammualaikum

selalu saya berdoa agar Allah hilangkan sifat mazmumah dalam diri dan hiasi diri saya dengan sifat mahmudah

semoga Allah makbulkan. Amin