Friday, September 11, 2009

Malam Lailatul Qadar


Bilakah Malam Lailatul Qadar

(Dipetik dari buku Koleksi Kuliah-Kuliah Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah Menurut Manhaj Salaf As-Soleh oleh Ustaz Rasul Dahri)

Dalam sebuah hadith, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رنضان

“Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Pilihlah (carilah) malam Lailatul Qadar di (pada hari) ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadan”

(Hadis Riwayat Bukhari (1878) Solat at-tarawikh)

Imam Syafie رحمه الله berkata:

“ Menurut pemahamanku, والله أعلم, Nabi صلى الله عليه وسلم setelah ditanya: Apakah kami mencarinya dimalam ini? Baginda menjawab: Carilah dimalam tersebut”

( Lihat: Syarhus Sunnah, 6/388)

Adapun yang dimaksudkan: “Carilah dimalam tersebut”, ia telah diterangkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Carilah (malam tersebut) pada sepuluh hari terkahir, jika tidak mampu janganlah tertinggal tujuh hari yang tersisa”

( Hadis Riwayat Bukhari (3/221). Muslim (1165)

Dari Aisyah رضي الله عنها pula berkata:

“Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya di waktu lain”

(Hadis Riwayat Bukhari (4/233). Muslim (1174)

Dari Aisyah رضي الله عنها berkata lagi:

“Rasulullah صلى الله عليه وسلم jika telah masuk sepuluh hari terakhir, baginda mengikat kuat kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan isterinya”

(Hadis Riwayat Muslim)

SuaraTanjung: Dengan bersumberkan hadis-hadis yang sohih, marilah kita memanfaatkan 10 malam terakhir ini demi mencari Lailatul Qadar. Sudah semestinya Malam ini adalah yang teristimewa jika dibandingkan dengan malam-malam yang lain kerana Rasulullah sendiri memperingatkan umat-umatnya agar tidak terlepas memperoleh malam Lailatul Qadar. Persiapan Raya perlu dibuat tapi berpada tapi jangan sampai menyebabkan kita terleka dan terlepas Lailatul Qadar.

5 comments:

al-lavendari said...

Salam

Terima kasih banyak2 kerana memberi peringatan. Insayaallah akan saya buat setakat terdaya.

ZOOL@TOD said...

Kebanyakan kita 10 terakhir ni kita tidak ambil berat. Sibuk dengan persiapan Aidilfitri. Terima kasih kerana mengingatkan saya.

Masterzizoul said...

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah jika entry yang saya post dapat memberi manfaat kepada orang mu'min yang lain. Peringatan ini juga untuk saya sendiri yang akhir-akhir makin lalai dengan kerja. Bersama mmperingati antara satu sama lain dengan menggunakan wasilah Blog.

Maiyah said...

salam.. raya tak penting yg penting ibadah kita di bulan ramadhan.. Allah sentiasa menduga kita

masterzoul said...

student kt sarawak teruk2.. bulan ramadhan minum tody. tu yg ckgu geram. dpa dh biasa hdup cara jhiliyh... ksian kt ckgu kt srwak. budak2 prngai ikut iblis.