Friday, July 17, 2009

Marga di dunia



Semalam melambai
mungkin melarang diri menjeguk hari ini.

Terasa masih berpaut pada dahan kenangan rapuh itu
yang mungkin bila-bila masa sahaja patah.
Namun diri masih enggan untuk melepaskannya
seolah sukar untuk berasimilasi dengan realiti

Apa ada pada kenangan.
Kesedihan juga yang menggamit
jika cuba diceroboh dinding ingatan.
begitu jauh lagi
Perjalanan yang entah bila bertemu noktahnya
mengikut hukum golongan marga duniawi

Ada yang tewas dalam gelanggang ini
lupa kehidupan adalah pertarungan
tidak boleh alpa, pesan nabi
harus jadi seorang pejuang, prajurit, pewira
Bergelut antara kebaikan atau kejahatan.

kasihan...
Seolah nafsunya tiada bermata, dilahirkan buta.

sedih dan kasihan.
hanyut dibawa arus globalisasi dan modenisasi
pasti arus fantasi
Modenkah ?
Harus temu cara selesainya
sebelum terus tertipu dengan kegairahan mereka
mereka marga duniawi.

No comments: