Sunday, August 2, 2009
Ikan Keli Bakar Bersantan
Tiba-tiba sahaja terlintas sesuatu di kotak ingatan ini, satu gambaran yang cukup indah, yang mampu mengeluarkan air liur.... Ikan keli bakar ha ha ha. memang sedap ikan keli bakar ni, kalau aku balik kampung mesti jadi salah satu hidangan wajib untuk melepaskan dendam maklumlah makan kat kedai di Gombak nie tak sama dengan masakan di rumah masakan tidak kerana semua dimasak oleh pekerja indonesia.
Bakar ikan keli secara kampung, guna sabut kelapa dan tempurung kelapa. Kena buat bara dulu, kemudian bakar. Panas lah jugak, kene mengipaskan bara dan pastikan ikan betul-betul masak.
Yang uniknya, ikan keli bakar ni tidak dimakan dengan air asam macam orang kampung tapi dimakan dengan santan yang digaul dengan cabai/cili kering yang ditumbuk. Kata mak long aku ini adalah resepi orang banjar. Orang kampung memang tak reti nak makan.
Aku kalau makan ikan keli bakar nie, cukup dengan kuah santan jer. memang menyelerakan... tetapi ada cerita disebalik ikan keli bakar ini. Ramuan yang menyedapkan apa saja masakan ialah kasih sayang, hubungan kekeluargaan dan gelak ketawa yang ada di sebalik sesuatu hidangan. Itulah pandangan masyarakat melayu dulu, bila mereka memandang bendang, pokok kelapa, sungai, laut dan lain-lain pandangan mereka tembus, mereka lihat kasih sayang, mereka lihat kebahagaiaan, mereka lihat keakraban. Tetapi kita berbeza sekarang, gotong-royong itu membebankan, padi hanya padi, ikan sungai hanya ikan sungai dan pohon kelapa hanya pohon kelapa. Kita selalu dengar tentang ungkapan air tangan ibu, mungkin di sana ada ramai tukang masak yang handal memasak dan sedap masakannya tetapi manakan sama dengan masakan air tangan ibu, betul tak?
p/s : Hanya yang memahami dapat memahami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
setuju dengan penulis,memang ade keberkatan disitu.. para ibu mahu pn bapa, klu mahu anak2 pandai, cerdik, baik lagi soleh..masak lah dan hidang lah sendiri pada anak2 makanan yg halal lagi baik. jgn dinilai rasa pada lidahnya, tapi nilai pada air tangan org tua, kerna disitu letaknya penawar hikmiah dlm hati dan jasad bg anak. Jgnlah galak anak makan diluar kedai..yg tiada khasiat mahupun berkat...salam.
p/s: ikan keli padpet goreng pn sedap..
ikan keli padpet memang sedap, tetapi penyedap yang sedap dah ran away... kesedapan hanya pada zahir sahaja ha ha ha
sedapnya la ai...
tak penah makan ikan keli tuh..sbb tak lalu nak makan ikan keli.
pergh...kecur air liur aku bile bace bab ikan keli nie...tp skrg nie ikan keli yang asli...yg hidup secara semulajadi payah nak dapat...bnyk yg diternak...rase pun kurang menyengat...tp mmg kegemaran aku nie he he he
apa sudah jadi pada keli?
keli,
kelibat
keliwon
kelisa
keliru
keliling
ke-lima
ke limbang
kelip-kelip
kelian
keliar
kelibang
kelikir
kelicap
kelici
kelicu
kelidai
kelikah
kelimun
kelimut
keling
kelintar
keli keli keli...
semuanya tentang keli...
nie monolog "KE" nie liey, terlalu dalam dasar kata-kata demo liey, tak berdaya kawe menyelami dalamnya.
Post a Comment