Friday, August 28, 2009

Jawapan Bagi Soalan-Soalan Kita


Jawapan kepada semua soalan
Al Quran dah pun menjawab segala-galanya

Bila namanya manusia pasti tidak sunyi dari masalah jika dipandang dari kaca mata hitam dan ujian jika dipandang dari kaca mata putih. Derita itu sentiasa bersama manusia yang hakikatnya sentiasa mahukan kebahagian dan ketawa. Bila berdepan ujian, jiwa derita, lidah berat menghambur nista hingga kepada Tuhan yang esa lupa. Itulah manusia kadang dipersoal segala-gala, mengapa aku dilahirkan kedunia, mengapa nasibku begini, mengapa aku tidak dapat apa yang diingini. Mengapa aku ialah aku dan aku bukannya dia. Lupa diri lupa tuhan. Namun persoalan-persoalan yang sering kita ajukan rupanya jawapannya terpahat sudah didalam Al-Quran, bersama kita memahaminya supaya dapat bermonolog dengan diri sendiri nanti.

Kenapa AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Kenapa AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

rasa FRUSTASI?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

Saat tak seorangpun paham perasaanmu, berlarilah padaNya. Pada-NYA kita meminta pada-NYA kita berserah. Penderitaan kita mungkin tiada siapa memahami, menaakul atau mengerti namun Tuhan sentiasa menanti doa hamba yang sunyi hati, mahu menghambakan diri, merintih menangis mengenang dosa lalu. Mintalah apa sahaja akan Tuhan kabulkan. Sesungguhnya Allah, tuhan yang Esa yang tiada diperanakkan mahupun memperanakkan, yang tiada awal dan tiada akhir adalah maha kuasa mengampun dosa-dosa walaupun seperti pepasir di pantai.

7 comments:

masterzoul said...

orang2 yahudi memahami wahyu bahkan mreka sbenarnya lebih bijak.. tp hati mereka yg hasad bongkak menolak kebenaran dan rela berendam dlm kotoran kejahilan. bukannya mereka tidak memahaminya tp mereka "buat2" tak faham. itulah analogi langsung terhadap alim uluma yang menyampaikan kebenaran, bukan kerna katanya yg mengelirukan, tp hati busuk yg enggan menerima wahyu. org gharib bila berdakwah difitnah bertalu, didalih seribu, ditafsir menipu dek jahanam perobos agama.

p/s: tiada yg mengelirukan

masterzoul said...

kenapa ada yg keliru? tp lebih ramai yg memahami? salah si alim kah atau "yg keliru" lebih suka hidup dlm kekeliruan? atau sengja @ buat2 keliru kerana nak jatuhkan maruah si alim??

p/s: sampai mufti buat ifta, smpai ada yg nak dakwa di mahkamah, smpai ada yg mengkafirkan beliau. media oh media, pandai sunguh kamu bermain... LOGIKA LUAR BATASAN NORMA...

Maiyah said...

salam adik.. bila akak baca Quran dan terjemahan nya baru lah rasa lebih semangat sebab tahu apa yg kita baca tu.. macam tu lah akak bila saat nak meluahkan rasahati ini akak akan lari kepadaNya

Masterzizoul said...

mainan media sahabat, memutar belit hingga yang tidak keliru seolah keliru.. mohon supaya sentiasa digolongkan dalam mereka yang memahami dan dapat meneka permainan kotor mainan boneka dunia

Masterzizoul said...

wslm kak Maiyah, itulah yang sebaiknya, indah bacaan Quran jika dibaca dengan lagu-lagunya dan tajwid tetapi hati pembaca lebih terkesan dengan Quran jika memahami ayat-ayat yang dibacanya. Berharap sy dapat menjadi setabah akak jugak kerna sehari dua ini semangat motivasi diri sudah kering...walaupun ujian yang dihadapi terlalu kecil berbanding apa yang akak hadapi

al-lavendari said...

Salam.

Sdr telah berjaya menghimpunkan beberapa petikan dari al-Quran bagi memberi jawapan kepada beberapa soalan2 lazim dari kita.

Insyaallah akan saya jadikan pedoman dan pegangan.

Guru said...

quran punya jawapan kepada segalanya...
tinggal kita sahaja lagi yang masih mencari-cari