Friday, August 21, 2009

أهلاً وسهلاً يا رمضان Selamat Datang Wahai Ramadan



Bulan rahmat, penuh kemuliaan dan kebesaran sudah menjelma. Bulan dimana kebaikan jika dibuat akan digandakan pahalanya manakala kejahatan yang dibuat adalah sekeji-kejinya berbanding bulan yang lain. Bulan Ramadan yang sentiasa dinantikan oleh orang yang beriman.

Ia adalah bulan dimana pintu-pintu syurga dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup dan para Syaitan dirantai.

Sabda Rasulullah s.a.w

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتِ أَبْوَابُ النَّارِ وُسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِيْنُ

Maksudnya:

“Apabila Ramadan muncul, pintu-pintu rahmat (belas kasihan) dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai”

Hadis diklasifikasikan sahaih oleh Albani di dalam Sahih al-Jami’

Menilai diri, bertaubat dan memohon keampunan adalah cara yang patut kita amalkan dalam menyambut kedatangan bulan yang mulia dan penuh rahmat. Gandakan amalan, disamping ibadah wajib ibadah sunat juga hendaklah dipertingkatkan sama.

Ibadah puasa ialah مدرسة تربوية iaitu platform yang sesuai untuk mendidik jiwa agar menjadi lebih kental dan tabah. Seseorang yang ikhlas berpuasa akan mempunyai motivasi yang kuat untuk melakukan kebaikan dan hatinya lebih cenderung kepada ibadat serta lebih giat dan gigih mencari redha Allah.

Marilah kita bersama menilai diri dan dosa masing-masing samada kecil atau besar, tersembunyi atau jelas. Selepas bermuhasabah ingatlah sentiasa bahawa ALLAH senantiasa melebarkan keampunan-Nya siang hari dan malamnya bagi hamba-Nya yang mendambakan keampunan.

Firman Allah S.W.T

وَمَن يَعْمَلْ سُوْءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللهِ يَجِدُ اللهَ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا

Maksudnya:

“ Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiayai dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian dia memohon ampun kepada ALLAH, nescaya dia akan mendapati ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

Surah an-nisak:110

Semoga coretan ringkas memberi faedah kepada semua. Kepada rakan-rakan bloggers selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan, bersama kita mengejar pahala dibulan rahmat ini.

2 comments:

Maiyah said...

salam.. selamat berpuasa

Masterzizoul said...

wslm. Selamat berpuasa juga kepada semua.