Saturday, May 29, 2010

Aura orang malas


Orang malas

Sudahlah pemalas

Tiada pula semangat

Hidup segan mati tak mahu

Ada hati menjadi megah

Angan kosong sampai tua


Aku benci orang malas

Cakap berapi bagai pemidato

Bagai bayangan kedua sukarno

Tapi habuk pun tadak

Cakap kosong

Sampah pun ada isi

Lebih hina dari sampah

Nilai orang malas


Orang malas diselubungi aura negatif

Ini tak boleh itu tak boleh

Semuanya mustahil

Walhal taklah susah sangat

Tak matipun kalau rajin

Korbankanlah sedikit waktu tidur

Korbankanlah sedikit waktu bersenang

Nak untung tapi tak nak keluarkan modal

Kalau ini pun tak sanggup buat

Jangan dengki pada cina

Mereka jadi taukeh bukannya sekelip mata


Orang malas selalu menegur

Itu tidak kena ini tidak kena

Bila rajin katanya badan perlu juga rehat

Bila malas katanya mahukan ketenangan

Biarlah kau orang malas

Duduklah disitu dengan kemalasanmu

Biar aku cuba dan gagal

Lagi dan lagi

Mana tahu ada untungku

Allah itu maha pemurah

Kamu dapat apa yang kamu usahakan


Biar aku gagal 1000 kali

Untuk aku berjaya 1 kali

Itulah harga yang perlu dibayar

Monday, May 24, 2010

Hari ini aku bermimpi

Aku bermimpi
Melihat kebahagiaan menghampiri
Kulihat senyuman disisi

Aku bermimpi
Kudengar gelak ketawa di sana sini
Kurasakan keindahannya di hati

Aku bermimpi
Tiada air mata darah yang mengalir lagi
Karat duka lalu sudahpun terhakis pergi

Indahnya mimpi ini
Kalau ini satu mimpi
Dan bukannya satu realiti
Aku sanggup merelakan diri
Untuk tidak bangun lagi

Friday, May 14, 2010

Puisi Doa Cinta



Daftarkanlah aku
ke dalam kitab cintamu

Bawalah daku
bersamamu ke alam kasih dan sayang
ke dalam cinta suci tak terlarang
Hadirkanlah daku
ke dalam bait-bait doa ikhlasmu
semoga Allah makbulkan segala kebaikan
moga Ia memelihara tali perhubungan
moga sejahtera aman berkekalan
moga rahmat menaungi perjalanan
moga hidayah menjadi penyinar
Begitulah secebis doaku
pintaku pada Tuhan dalam pohonan restu...

Wednesday, May 12, 2010

Hari-hari terakhir


Hari-hari terakhir di sini
merungkai kembali kisah tercipta
Tentang perjuangan insan biasa
Mencari diri dalam kehidupannya

Hari-hari terakhir di sini
Cuba lagi untuk memahami
Erti keindahan dalam kesusahan
Tersenyum dalam kegundahan

Hari-hari terakhir di sini
Erti hidup belum kufahami
Masih banyak belum kulalui
Demi menjadi insan sejati

Hari-hari terakhir di sini
jiwaku diliputi awan begitu mendung
Berat menanggung air mata kesabaran
kini aku berasa sungguh tenang

Hari-hari terakhir di sini
Senyuman cuba kuukir
Pilu cuba kuhakis
Namun monolog ini tidak terhenti di sini
Kerana langkahku masih jauh
dalam perjalanan hidup insani

Sunday, May 9, 2010

Failure is Never Final


Buku ini baharu sahaja saya beli. Walaupun penulisnya adalah bukan Islam tetapi saya lebih melihat kepada isi dan faedah yang dapat saya perolehi selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Saya lebih seronok mendapatkan motivasi dengan cara membaca dan menganalisis situasi daripada menghadiri atau mendengar program motivasi yang saya lihat lebih kepada program air mata yang dirangsang dengan kisah-kisah sedih. Hasilnya, perubahan itu hanyalah bersikap sementara. Motivasi itu harus datang dari diri sendiri kerana tiada siapa yang dapat memotivasikan diri kita melainkan diri sendiri. Saya suka memetik perkataan yang diolah oleh penulis dalam membicarakan soal kegagalan. Ia menyebabkan saya melihat kegagalan dari perspektif yang berbeza.

Failure doesn't mean you are a failure
It does mean you haven't succeeded yet

Failure doesn't mean you have accomplished nothing
It does mean you have learned something

Failure doesn't mean you have been a fool
It does mean you have a lot of faith

Failure doesn't mean you've been disgraced
It does mean you were willing to try

Failure doesn't mean you don't have it
It does mean you have to do something in a different way

Failure doesn't mean you are an inferior
It does mean you are not perfect

Failure doesn't mean you've wasted your life
It does mean you have a reason to start afresh

Failure doesn't mean you should give up
It does mean you must try harder

Failure doesn't mean you'll never make it
It does mean it will take a little longer

Failure doesn't mean God has abandoned you
It does mean God has a better idea

Failure doesn't mean you're finished
It does mean you have a chance to try something new

So it's true! Failure is never final.