Hari-hari terakhir
Hari-hari terakhir di sini
merungkai kembali kisah tercipta
Tentang perjuangan insan biasa
Mencari diri dalam kehidupannya
Hari-hari terakhir di sini
Cuba lagi untuk memahami
Erti keindahan dalam kesusahan
Tersenyum dalam kegundahan
Hari-hari terakhir di sini
Erti hidup belum kufahami
Masih banyak belum kulalui
Demi menjadi insan sejati
Hari-hari terakhir di sini
jiwaku diliputi awan begitu mendung
Berat menanggung air mata kesabaran
kini aku berasa sungguh tenang
Hari-hari terakhir di sini
Senyuman cuba kuukir
Pilu cuba kuhakis
Namun monolog ini tidak terhenti di sini
Kerana langkahku masih jauh
dalam perjalanan hidup insani
2 comments:
bingkisan yg menarik..
biarpun yg terakhir dia ttp mencari..
terima kasih kak ~ monolog hamba saat ini
Post a Comment