Monday, May 24, 2010

Hari ini aku bermimpi

Aku bermimpi
Melihat kebahagiaan menghampiri
Kulihat senyuman disisi

Aku bermimpi
Kudengar gelak ketawa di sana sini
Kurasakan keindahannya di hati

Aku bermimpi
Tiada air mata darah yang mengalir lagi
Karat duka lalu sudahpun terhakis pergi

Indahnya mimpi ini
Kalau ini satu mimpi
Dan bukannya satu realiti
Aku sanggup merelakan diri
Untuk tidak bangun lagi

4 comments:

Guru said...

betul tu...

tapi, mimpi tetap mainan tidur sahaja

hazeleyed lady said...

Ass-Salam
...Semuga mimpi menjadi realiti...InsyaAllah.

Maiyah said...

jgn x bangun hehe.. mimpi mmg indah

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.