Orang malas
Sudahlah pemalas
Tiada pula semangat
Hidup segan mati tak mahu
Angan kosong sampai tua
Aku benci orang malas
Cakap berapi bagai pemidato
Bagai bayangan kedua sukarno
Tapi habuk pun tadak
Cakap kosong
Sampah pun ada isi
Lebih hina dari sampah
Nilai orang malas
Orang malas diselubungi aura negatif
Ini tak boleh itu tak boleh
Semuanya mustahil
Walhal taklah susah sangat
Tak matipun kalau rajin
Korbankanlah sedikit waktu tidur
Korbankanlah sedikit waktu bersenang
Nak untung tapi tak nak keluarkan modal
Kalau ini pun tak sanggup buat
Jangan dengki pada cina
Mereka jadi taukeh bukannya sekelip mata
Orang malas selalu menegur
Itu tidak kena ini tidak kena
Bila rajin katanya badan perlu juga rehat
Bila malas katanya mahukan ketenangan
Biarlah kau orang malas
Duduklah disitu dengan kemalasanmu
Biar aku
Lagi dan lagi
Mana tahu ada untungku
Allah itu maha pemurah
Kamu dapat apa yang kamu usahakan
Biar aku gagal 1000 kali
Untuk aku berjaya 1 kali
Itulah harga yang perlu dibayar
1 comment:
Google translates: "Friendship can enhance pleasure and reduce pain..."
Ada hidden link kat noktah2 tu la Gijo. Berani periksa?
Post a Comment