Tuesday, July 21, 2009

Aku Melayu

Aku Melayu
Bangsaku gah dulu
Kini tiada lagi cerita itu

Kini yang ada hanya
Sisa-sisa kenangan
Bukan lagi tuan
Terlebih kita bertolak ansur
Negara hampir tergadai

Sang petualang rakus itu
Bertuhankan kertas-kertas ringgit
kemanusiaannya kurang
Keuntungan hanya keuntungan

Jangan hilang jati diri
Islam agamaku dan aku melayu
Toleransi dalam darahku
Tapi jangan dipijak maruah ini

Perlukan masa untuk berubah
Setelah 400 tahun lebih kami dijajah
Pemikiran terlalu lemah
Tapi kami sedang berlari
Teruskan jangan tertipu
oleh petualang menumpang lalu
Yang halus seninya menipu
Negara bangsa melayu

4 comments:

Ibnu Husain El-Qahiry said...

pergh.. g-joe dh berkarya.. menaakul monolog diri.. nnti aku translate dlm arabic..haha..

the verselet for gjoe:

ورائي روائي مختبئ روحه * فكلام أخاذ هو براعته

فليس بنقال ملك آخر * ألا ليس إلا عزيز الرحمن

Anonymous said...

pergh.. g-joe dh berkarya.. menaakul monolog diri.. nnti aku translate dlm arabic..haha..

the verselet for gjoe:

ورائي روائي مختبئ روحه * فكلام أخاذ هو براعته

فليس بنقال ملك آخر * ألا ليس إلا عزيز الرحمن

Masterzizoul said...

هذه هي محاولتي في تعبير وجداني وأفكاري
يصعب علي في الكلام ولكن يسهل علي بالكتابة

Arif Omar said...

terbakar rumah nampak asap, terbakar hati siapa tahu. selamat belajar. saya pun dah nak tamat masters bulan dis 2009 di ukm. tapi pelajar tua le. kawan asal dari beserah kuantan. sedara pun banyak di batu embun lepih.