Saturday, August 1, 2009

Himpunan: Melayu Jangan Jadi Alat

oleh penulis merah tinta Mohd Sayuti Omar
http://msomelayu.blogspot.com/2009/08/catatan-sebelum-berarak.html

Himpunan: Melayu Jangan Jadi Alat
SEMUA pihak yang akan turun berhimpun kemudian berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan dua memorandum, mansuhkan ISA dan pertahankan ISA mungkin sudah siap sedia. Sudah ada yang mengenakan baju t shirt yang dicetak khas untuk dipakai petang ini.

Mungkin juga ada yang sudah membeli tuala kecil dan air mineral untuk dibawa. Tuala kecil dan air mineral penting dalam tunjuk perasaan begitu kerana ia akan jadi senjata pelindung dan penawar untuk mengurangkan rasa pedih terkena gas pemedih mata ataupun watar cannon.

Semuanya bersemangat. Mungkin ada yang tidak tidur daripada semalam kerana memikirkan himpunan hari ini. Yang duduk jauh di Kedah, Kelantan atau Terengganu juga mungkin sudah sampai ke ibu negara malam tadi. Apa lagi ia berlaku pertembungan antara pro ISA dengan anti ISA himpunan petang ini dirasakan menarik.

Perasaan mereka yang akan hadir atau memberi perhatian kepada himpunan ini yang dijangka melibatkan lebih 50,000 bagi kedua-dua kumpulan melihat dalam dimensi berbeza. Ada yang menganggap himpunan itu seius dan penting dan tidak kurang pula yang merasakan ia sebagai satu tekanan politik ke atas UBN saja.

Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik atau baru terlepas dari halangan AUKU kerana sudah tamat pengajian melihat himpunan petang ini serius dan menjadi gelanggang buat mereka melatih menjadi pemimpin. Bagi mereka himpunan dan tunjuk perasaan itulah satu-satu cara untuk menegakkan keadilan dan menuntut kebenaran. Cara lain yang lebih diplomasi dan menggambarkan ketinggian akal budi bangsa sudah tidak ada lagi. Perundingan, tidak perlu kerana ada pihak yang tidak boleh dipercayai dan diberi kepercayaan kerana sikap munafik mereka! Lagipun demonstrasi adalah hobi kalangan muda.

Apa lagi para pemimpin juga turut sama membei semangat. Dalam hal ini pemimpin Pas nampaknya lebih bersungguh berbanding dengan pemimpin PKR dan DAP. Komender himpunan ini ialah Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub. Kenapakan jawatan ini tidak dipegang bersama oleh dua parti Pakatan lain, DAP dan PKR? Apakah anggota Pas lebih ramai menjadi mangsa ISA berbanding dengan DAP dan PKR maka keutamaan itu diberikan kepada Pas? Apakah Pas mengira jika ISA dimansuhkan mereka akan mendapat sokongan tambahan dari oang Cina dan Melayu?

Kesungguhan Pas ini semakin jelas apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang juga akan turut sama hadir. Mulanya Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat akan ikut sama hadir. Beliau menyatakan sejak awal lagi akan hadir. Kalau pun petang ini beliau tidak hadir tidak menjadi masalah yang penting beliau telah memberi restu atas pehimpunan itu. Mungkin gambar-gambarnya akan turut sama diarak oleh anak-anak muda sebagai simbolik yang Musyidul
Amnya itu juga hadir.

Sekiranya Pas yakin dan percaya tunjuk perasaan itu satu-satu jalan penyelesaian dan makenisme berkesan dalam menuntut sesuatu perkara, nah... ia perlu diteuskan. Tetapi soalnya apakah sudah tidak ada cara lain yang lebih lunak dan tidak melibatkan massa untuk memperbaiki sesutau keadaan? Apakah jalan perundingan sudah tertutup dan bukan satu cara lagi dalam menyelesaikan masalah bangsa dan negara?

Berarak ramai-ramai sambil membawa sepanduk, kain rentang dan melaungkan berbagai slogan menyeronokkan. Ia menjadi aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan. Namun begitu ia tidak cukup setakat mendapat kelabaan itu saja tanpa melihat apakah natijah daipada tindakan itu.
Kita tidak mahu melakukan kerja yang sia-sia yang bersifat hora hore.

Barang kali segenap daripada kita perlu menilai apakah siri-siri tunjuk peasaan sebelum ini membuahkan hasil. Apakah kerajaan akur kepada tuntutan yang disuarakan menerusi tunjuk-tunjuk perasaan dan himpunan desakan? Dan apakah semua isu boleh diangkat ke atas jalan raya?Ini semua perlu dinilai dengan sifat dan sikap politician yang arif dan bijak.

Penghujung tahun 2007 diadakan himpunan 100 ribu anjuran Bersih kerana menuntut pilihan raya adil dan telus. Kira-kira 40,000 telah turun berarak dan menuju ke istana negara. Perhimpunan dikira terbesar selepas pasca pengkapan Anwar Ibrahim.

Apakah selepas memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertua Agong, rakyat memperolehi pilihan raya bersih dan telus? Apakah SPR telah memenuhi tuntutan bersih itu. Apakah pilihan raya ke-12 lalu wujud kebersihan dan ketelusan yang diingini itu?

Begitu juga dengan pelbagai tuntutan lain yang dijeritkan menerusi tunjuk perasaan? Kenaikan harga minyak dan barangan yang diadakan secara bersiri di perkarangan KLCC? Apakah kerajaan akur dengan segala tuntutan itu? Berapakah harga minyak dan barangan diturunkan? Apakah harga minyak diturunkan kerana perarakan itu ataupun kerana kebetulan harga minyak dunia jatuh?

Dalam penilaian saya hasilnya daripada tuntutan-tuntutan menerusi tunjuk perasaan itu tidak seberapa. Ia tidak mengugat kerajaan sehingga memaksa kerajaan memenuhi segala tuntutan itu. Rakyat tidak mendapat manfaat besar daripada cara itu. Malahahn kerajan seolah tidak penah mendentar segala tuntutan yang dibuat menerusi demonstrasi itu yang mana menjadikan demonstrasi itu sebagai kerja sia-sia saja.

Lantaran itu jadilah tunjuk perasaan itu sebagai tekanan ke atas kerajaan sahaja. Ia menganggui kerajaan untuk mentadbir negara. Dan kalau inilah tujuan sebenarnya di sebalik tunjuk perasaan itu ia bolehlah dianggap berjaya? Boleh jadikan tunjuk peasaan sebagai senjata untuk menjatuhkan UBN.

Pun begitu timbul persoalan di sini apakah tunjuk peasaan itu disertai semua lapisan masyarakat berbilangan kaum. Misalnya dalam tunjuk perasaan dianjurkan Pakatan Rakyat baik dalam semua isu, apakah ia mendapat sambutan dan penyertaan penyokong an ahli parti komponen Pakatan lain terutamanya DAP.

Pernahkah kita menilai sejauh mana komitmen penyokong DAP dalam hal ini. Dalam beberapa puluh tunjuk perasaan yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur penyertaan penyokong DAP jauh lebih rendah berbanding pentokong Pas, kecuali dalam tunjuk peasaan di Perak.

Yang menonjol ialah orang Melayu, ahli Pas dan PKR. Orang Pas sahajalah yang ralik keluar ke jalan-jalan rakyat menyuarakan bantahan. Orang Paslah yang menguruskan tunjuk-tunjuk perasaan itu seolah-olah Pas pakar dalam membuat perarakan atau demonstrasi. Sebaliknya pula apabila sampai masa membahagi hasil kejayaan itu Pas dilihat parti yang kecil.

Petang ini kita mahu tengok berapa ramaikan ahli dan penyokong DAP akan menyertai perhimpunan itu. Kerana isu yang dihadapi kini adalah isu bersama dan bukan terkhusus kepada isu umat Islam. Kita tidak mahu himpunan hari ini didominasi orang Melayu saja sementara bukan Melayu khasnya yang menyokong DAP hanya dua tiga kerat sahaja.

Kita tidak mahu hanya Lim Kit Siang, Lim Gung Eng, Tian Chua atau Ronnie Liu sahaja yang hadir. Sekurang-kurangnya hai ini masyarakat Cina dari DAP akan mengisi suku daripada jumlah himpunan. Sekiranya jumlah masyarakat Cina yang kaluar petang ini tidak sampai suku ini bermakna, mereka hanya menguntip untung daripada apa yang berlaku saja, iaitu petembungan Melayu UBN dan Melayu Pakatan.

Jika berpandukan kepada dakwaan Pakatan Rakyat bahawa mereka semakin mendapat sokongan bukan Melayu, himpunan hari ini setidak-tidak jumlah yang hadir di pihak anti ISA sama banyak Melayu 45%, Cina 30% dan India 25%. Sekiranya angka ini tidak diperolehi maka jelas himpunan dalam menuntut hak bersama petang ini, Melayu hanya jadi alat. [wm.kl. 12:55 t/hari 01/08/09]


suaratanjung: mana cina? mana? tak boleh jadi macam Obama la !!!
Aduh rasisnya aku.

2 comments:

@LiYaNNuaR said...

patut lah banyak roadblock tadi... huhuhu

Fadh said...

salam,

errr...satu jer nak tanya...dua2 pihak kena sembur atau pihak anti isa jer yg kena sembur?

(agak2 org yg nama isa ada tak yang tak sokong ISA?)