Monday, August 10, 2009

Isu Perasaan Umat Islam: Bekas Mufti kecewa

DAP Semakin Melampau

Saya amat berdukacita, sikap sesetengah tokoh DAP yang amat tidak menghormati perasaan orang Islam. Apatah lagi mereka disokong oleh sesetengah pihak yang ‘lantang tidak seimbang’ yang bernama muslim yang berlunak dengan mereka dan seakan membiarkan keadaan ini berlaku. Mereka yang tidak seimbang ini hanya ‘garang dan cengih’ sesama muslim, tetapi membiarkan orang lain membelasah muslim secara biadap. Terakhir mereka menghina Dr Redhuan Tee. Saya amat berdukacita dengan bahasa dan cara mereka. Seperti biasa akan ada yang memakai ‘topeng bernama Islam’ menjustifikasikan mereka. Malanglah, apabila kegilaan kuasa melupakan kita kepada ukhuwwah dan akidah Islamiyyah. Secara umumnya, saya bersetuju dengan kenyataan YB Zulkifli Nordin.

- dr mohd asri, london




2 comments:

maiyah said...

salam.. itu yang heran, mrk tak pikir ke ttg hak melayu nih, krn nakkan kuasa sanggup wat ape aje

Masterzizoul said...

wasalam... yang melayu pun same gak..nakkan kuasa sanggup hilang pertimbangan dan kewarasan... namun masih ada golongan yang masih belum tertipu, Tahniah Dr. Hasan Ali, Tahniah Dr. Ridhuan Tee, Tahniah Dr. Asri