Sunday, August 23, 2009

Satira The Tortoise and The Rabbit




Cerita sang arnab dan kura-kura ini memang cukup tebal dengan moral.

Si arnab itu melambangkan mereka yang berlagak. Mungkin kerna ada harta, rupa, pangkat, kedudukan, kebijaksanaan atau apa saja mungkin juga kereta waja.

Sang kura-kura melambangkan mereka yang berstatus rendah, serba-serbi kekurangan, lambat berfkir dan lain-lain. Miskin kekuatan tapi kaya semangat, impian dan harapan.

Sang arnab kadang-kadang culas.Sejauh ini aku sampai tidak mungkin sang kura-kura lembap itu mampu mengatasiku. Matanya berat, usahanya kurang.

Sang kura-kura fikirannya suci, tiada dengki. Dia tiada rugi jika berusaha walaupun langkahnya kecil. Dia cuba berlari namun hakikatnya dia hanya melangkah. Tapi dia tiada malas. Dia tiada tidur.

Sang arnab terjaga dari lenanya. Mengeliat seketika, menggosok mata. Terkejut seperti beruk bila matanya melihat sang kura-kura hampir ke garisan penamat. Dia berlari cuba memintas namun kaki sang kura-kura hanya seinci saja lagi untuk melepasi alam derita, alam penuh nista sang arnab. Dia hanya berusaha, dia bukan sesiapa. Dia hanya ada usaha, doa dan harapan. Dia menang. Malang bagi sang arnab. Jangan sedih, banyak lagi perlumbaan, perlumbaan kedua akan ada.

Mungkin rakan kau tidak pandai. Baca buku berulang, telaah nota berkajang namun kau masih tidak ingat. Kegagalan semacam memburumu. Saat orang mengatakan kau malas, saat orang mengatakan kau tidak pernah mencuba, saat semangatmu luntur, jadilah sang kura-kura seketika. Betapa dia mencuba dan terus mencuba tanpa dibantu oleh sesiapa. Akhirnya dia berjaya juga. Tidak perlu jadi genius matematik, tidak perlu jadi anak bakal pengetua sekolah menengah, tak perlu itu semua. Senjatamu hanyalah masa. Masa itu emas, masa itulah rahsia, jangan tidur leka.

Kau jatuh, kau bangkitlah. Kau gagal, kau cuba lagi. Kau dikeji, pekakkan telinga. Kau curi masa, kau curi waktu. Tidak mengapa lambat asal kita berjaya. Apa salah jadi bodoh, apa salah jadi lembap, apa salah lambat dapat. Semua kurnia tuhan. Mereka yang pintar, cepat dapat kalau kuat tidur…. Kuat tidur…. Kuat tidur….kuat tidur…. akan ketinggalan juga.

Menjadi yang di atas bukan mudah, sesudah berada di atas ingat masih ada yang di atas, terlalu tinggi.

Suaratanjung: teringat kata-kata Martin luther king Jr

take the first step in faith
you dont have to see the whole staircase
just take the first step

6 comments:

maiyah said...

salam.. manusia adalah sama disisi Allah.. kita wajib bantu membantu, yg pandai mestilah bantu yg kurang pandai tapi ingat!.. kekadang yang kurang pandai tu semangat nya lebih kuat dari yg pandai nih macam kura2 tulah

dotblogspotdotkom said...

org kita nih jarang sgt nak ambik pelajaran dari cerita... walapun cerita tu mungkin sebagai hiburan...

a kl citizen said...

terima kasih mengingatkan satira yang ever green ini...
kadang, nak memekakkan telinga itu perlu kekuatan yang lebih...

selamat beribadah...

hai said...

salam ziarah,
Selamat berpuasa!!

ZOOL@TOD said...

Saya amat setuju. Seorang rakan saya rajin, cuma dia sering gagal dalam peperiksaan menyebabkan dia menamatkan pengajian diplomanya 1 tahun lewat dari rakan yang lain (4 tahun).

Selepas itu beliau terus bekerja (kerana dpiploma beliau cukup makan sahaja tidak mengizinkan beliau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda). Tetapi kerana sifat rajinnya, organisasinya maju dan orang mengenali organisasi itu kerana beliau.

Akhirnya beliau telah menjadi pengurus kewangan yang gajinya jauh lebih baik dari rakan lain yang mempunyai ijazah sarjana muda.

Masterzizoul said...

Satu contoh terbaik tu Tuan zool. Sebenarnya ramai lagi yang berjaya tetapi pernah menghadapi kegagalan contoh dapat dilihat dalam buku joey green bertajuk The Road To Success is Paved with Failure